Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di pameran bersempena National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2025 pada 6 hingga 9 Oktober 2025 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Penyertaan ini menjadi platform untuk mempromosikan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan MYSA. Pameran menghimpunkan lebih 150 pempamer daripada agensi Kerajaan, universiti, syarikat pemula di bawah program MOSTI serta organisasi antarabangsa untuk menampilkan barangan dan perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang telah berjaya dikomersialkan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all