MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-01-18)

Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa induk iaitu Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA) bagi memastikan pembangunan sektor angkasa dilaksanakan secara terselaras dan bersepadu. Objektif utama JANGKA adalah bagi memastikan pembangunan sektor angkasa dapat dilaksanakan dengan terancang dan lebih berkesan serta memberi pulangan besar kepada negara dalam aspek penjanaan ilmu baharu, penerokaan saintifik, penjanaan kekayaan, kesejahteraan masyarakat, dan keselamatan serta kedaulatan negara.

.
JANGKA dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada kementerian berkaitan yang terlibat dengan sektor angkasa sama ada secara langsung atau tidak langsung. JANGKA akan melaporkan aktivitinya kepada Majlis Sains Negara (NSC) yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri.

.
JANGKA disokong oleh Jawatankuasa Penyelarasan Angkasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI bertujuan untuk memperkukuhkan komitmen kementerian dalam melaksanakan pembangunan sektor angkasa negara.

.
#MYSA #MOSTI #MSE2023
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #MengarusperdanakanInovasi

Planetarium Negara
MIGHT
Majlis Keselamatan Negara

POSTER JANGKA
Skip to content