LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Berakhir sudah The 4th ASEAN Space Policy Expert Exchange Seminar: Responsible and Sustainable Space Launch yang berlangsung selama dua hari di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Seminar ini merupakan platform bagi negara-negara anggota ASEAN dan pihak berkepentingan yang berkaitan bertukar pengalaman, berkongsi pandangan, serta meneroka peluang kerjasama ke arah aktiviti berkaitan pelancaran angkasa yang bertanggungjawab dan lestari di rantau ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah jemputan, wakil negara ahli ASEAN, barisan pakar , rakan kerjasama antarabangsa, serta semua peserta daripada pelbagai kementerian, agensi dan institusi akademik yang menjayakan seminar ini.
Komitmen Malaysia melalui MOSTI dan MYSA kekal teguh untuk terus memacu kerjasama serantau demi penggunaan angkasa lepas secara aman, selamat dan mampan.
 
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content