Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berjaya mencapai Tahap Cemerlang dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) bagi tahun 2025. Pencapaian dan pengiktirafan ini mencerminkan komitmen seluruh warga MYSA dalam mengamalkan integriti, akauntabiliti, profesionalisme dan tadbir urus yang baik dalam setiap aspek pelaksanaan tugas. . Tahniah kepada semua yang terlibat. Bersama-sama kita terus memperkukuh nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.