Pleiades (Messier 45) juga dikenali sebagai โSeven Sistersโ atau bintang tujuh merupakan sebuah gugusan bintang terbuka yang terdiri daripada lebih 1,000 bintang. Ia juga merupakan sebuah asterisma yang terletak di dalam buruj Taurus pada jarak kira-kira 410 tahun cahaya dari Bumi. Fenomena Penghijaban Pleiades oleh Bulan (Lunar Occultation of Pleiades) akan berlaku apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan sebahagian Pleiades dari pandangan Bumi, iaitu sebahagian gugusan bintang terbuka ini akan kelihatan terselindung di sebalik jasad Bulan, dan kemudian ia akan muncul semula. Fenomena tersebut boleh disaksikan dengan menggunakan teleskop. Walau bagaimanapun, kenampakan fenomena tersebut adalah sangat bergantung kepada keadaan langit semasa. Memandangkan diameter sudut bagi Pleiades adalah kira-kira dua kali lebih besar daripada diameter sudut Bulan, oleh itu hanya sebahagian daripada Pleiades sahaja yang akan terselindung di sebalik Bulan pada satu-satu waktu. Bulan tidak akan menutupi keseluruhan Pleiades ketika fenomena penghijaban berlaku.
.
Orang ramai di Malaysia dijangka akan dapat menyaksikan Penghijaban Pleiades oleh Bulan pada 30 Julai 2024. Ketika fenomena tersebut berlaku, Bulan berada dalam fasa sabit tua (~31%). Di Kuala Lumpur, kita berpeluang menyaksikan fenomena tersebut di langit timur pada sekitar jam 3:30 pagi dengan mulanya sebahagian gugusan bintang Pleiades ini terselindung di belakang Bulan dan kemudian Pleiades akan kelihatan semula sepenuhnya pada sekitar jam 6:00 pagi (*Waktu bergantung kepada lokasi pencerap).
.
Pemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ:
Penghijaban atau โOccultationโ bermaksud kejadian yang melibatkan sesuatu objek melintas di hadapan objek lain. Semasa fenomena ini berlaku, cahaya objek di belakang akan terlindung sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan, hanya sebahagian sahaja cahayanya yang akan terlindung.
Tahun Cahaya ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 1015 meter.
Taurus ialah zodiak yang berlambangkan lembu jantan.
Diameter sudut (diameter angular) ialah ukuran saiz objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Diameter ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan saat arka (“).
Asterisma ialah corak atau pola bintang di langit yang boleh dilihat dan dikenalpasti dengan jelas. Walaupun ia tidak dianggap sebagai buruj, asterisma membantu pencerap untuk mengenalpasti objek di langit dengan mudah.