Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030: Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) merangkumi 15 strategi, 27 inisiatif, 76 aktiviti utama, dan 92 KPI bagi memastikan pembangunan sektor angkasa negara dilaksanakan secara menyeluruh dan berimpak tinggi.
KPI MSE2030 dibahagikan kepada tiga tempoh: jangka pendek (2023), jangka sederhana (2024–2026), dan jangka panjang (2027–2030).