MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 atau Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) dibangunkan untuk merealisasikan matlamat Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

DAN2030 menyatakan dengan jelas pendirian, objektif dan hala tuju dalam sektor angkasa untuk negara meningkatkan keupayaan penguasaan teknologi angkasa daripada pengguna kepada penyedia dan pencipta teknologi; angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara; kedaulatan; serta kemajuan ilmu untuk kesejahteraan rakyat.

MSE2030 dibahagikan kepada tiga tempoh: jangka pendek (2023), jangka sederhana (2024–2026), dan jangka panjang (2027–2030), meliputi 92 KPI yang dirancang hingga tahun 2030.

17 KPI jangka pendek telah berjaya dilaksanakan.
✅Pengukuhan tadbir urus dan kawal selia dalam ekosistem angkasa negara menerusi Pelan Tindakan MSE2030; Laporan Kajian Ekosistem Industri Angkasa; Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 (SISP2030), penguatkuasaan penuh Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia 2024; serta penubuhan Lembaga Angkasa Malaysia.
✅Penumpuan kepada teknologi, infrastruktur dan aplikasi angkasa yang signifikan kepada negara menerusi pencapaian pembangunan 5 sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa dan AI; serta meneroka peluang dana khas STI Angkasa untuk daya saing kualiti.
✅Membina kepakaran (modal insan) melalui penubuhan Jawatankuasa Pakar Angkasa; mengenal pasti 15 Profesional Angkasa; penyertaan Pegawai Penyelidik dan pelajar untuk latihan kepakaran teknikal; serta penganjuran seminar pakar-pakar angkasa peringkat antarabangsa.
✅80 aktiviti telah dilaksanakan untuk program STI Angkasa dan pemerkasaan kesedaran meliputi persidangan, libat urus, ceramah, pameran dan pertandingan melibatkan anjuran rentas Kementerian/Jabatan/Agensi; Industri; Institusi Akademi; dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
✅Meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama serta jaringan antarabangsa melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dengan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).

Pautan MSE2030:
BM – https://www.mysa.gov.my/mse2030-2/
BI – https://www.mysa.gov.my/mse2030/

Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️

.
#MYSA #MOSTI
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #mengarusperdanakaninovasi
#dasarangkasanegara2030 #DAN2030
#malaysiaspaceexploration2030 #MSE2030 

PENCAPAIAN KPI JANGKA PENDEK
Skip to content