MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Naik Taraf Observatori Negara Langkawi (ONL) perkukuh peranan sebagai Hab Astronomi Negara bagi fasiliti penyelidikan astronomi, selaras dengan Teras 2 dalam Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu Menumpukan kepada Teknologi, Infrastruktur dan Aplikasi Angkasa yang Signifikan kepada Negara.
📌ONL menyediakan fasiliti pencerapan astronomi optikal bertaraf antarabangsa untuk kegunaan penyelidikan (R&D) oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa.
📌Kedudukan ONL di garisan khatulistiwa memberi kelebihan dalam merekod data astronomi dari kedua-dua hemisfera utara dan selatan.
📌Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi konsultansi, latihan dan penggunaan kemudahan seperti:
▪️ Astrometri, fotometri dan spektroskopi bintang;
▪️ Data serta imej cerapan objek malam, Matahari dan cuaca angkasa; dan
▪️ Pengendalian instrumentasi serta pencerapan data.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
NAIK TARAF OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI (ONL) MENUMPUKAN KEPADA TEKNOLOGI, INFRASTRUKTUR DAN APLIKASI ANGKASA YANG SIGNIFIKAN KEPADA NEGARA
Skip to content