MYSA Space Buzz Siri 1/2025 telah berlangsung pada 21 Februari 2025 di Dewan Seminar Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Perkongsian kali ini daripada Syarikat LatConnect60 dengan pembentangan bertajuk ‘High Resolution (500m) Soil Moisture and its case studies’ dan ‘GNSS High Resolution (3 km) Weather Analytics and Forecasting Solution’.
.
Kedua-dua pembentangan berkongsi tentang teknologi satelit terkini dan membincangkan potensi aplikasinya dalam menangani cabaran perubahan iklim, pemantauan alam sekitar, pertanian dan pengurusan bencana alam.
.