MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-03-27)
MYSA Space Buzz Bil 3/2024 telah diadakan pada 26 Mac 2024 di Dewan Seminar, MYSA. Sesi perkongsian pada kali ini telah disampaikan oleh Enviro Land Services Sdn Bhd dan Eartheye Space INC solutions dengan perkongsian yang bertajuk “Direct Tasking and Automated Feeds as a Means to Solving Accessibility, Affordability and Usability of Earth Observation Data”.
 
Objektif bagi sesi ini adalah untuk memudahkan akses kepada data Pemantauan Bumi oleh pelbagai pihak yang berkepentingan seperti penyelidik, pihak berkuasa tempatan, ahli perniagaan, dan masyarakat umum melalui kaedah yang lebih cepat dan efisien. Sesi ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada 30 peserta yang terdiri daripada pegawai penyelidik dan pelajar latihan praktikal MYSA.
Skip to content