Kerjasama strategik Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama-sama Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDTJL) telah berjaya membantu PDTJL merangkul Anugerah Khas Projek Berpotensi menerusi Kumpulan GeoJempol yang mengetengahkan Projek Sistem Pemantauan dan Maklumat Tanah Jempol yang juga dikenali Jempol Land Monitoring and Information System (JLMIS).
GeoJempol telah menyertai Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Julai 2026 yang lalu. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Ismail Lassim sempena Majlis Apresiasi Minggu I³ Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 pada 10 November 2026 di Seremban, Negeri Sembilan.
Sementara itu, MYSA percaya pengiktirafan dan kerjasama ini akan memantapkan usaha penerapan teknologi angkasa dan geospatial yang mampu memperkukuh tadbir urus tanah, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam demi mengoptimumkan hasil kerajaan.