Mesyuarat Jawatankuasa Jaringan Kerjasama Strategik Balai Cerap Kebangsaan 2025 telah diadakan di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 23 Disember 2025.
.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datoβ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama YBrs. Tuan Haji Amran bin Haji Awaludin, Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.
.
Tumpuan perbincangan meliputi pelaksanaan cadangan Pembangunan Piawaian bagi Balai Cerap (Instrumentasi dan Teknik Cerapan), R&D yang menyumbang kepada MSE2030 serta cadangan program berimpak tinggi bagi tahun 2026.
.
Angkasa untuk semua | Space for all