MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah berlangsung pada 5 Mei 2026, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Sabah. Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu
.
Tumpuan perbincangan meliputi pembangunan dan pengoperasian Sistem Aplikasi Pemantauan Persekitaran Berasaskan Imej Penderiaan Jauh, hala tuju dan garis masa projek kerjasama.
.
Penggunaan teknologi angkasa ini akan memperkukuh keupayaan tadbir urus DBKK, khususnya dalam aspek pemantauan pembangunan, penguatkuasaan, pengurusan alam sekitar serta perancangan fizikal yang lebih cekap, tepat dan berasaskan data.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content