LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Mesyuarat JANGKA Bil 1/2026 telah dipengerusikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 4 September 2026, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Objektif utama JANGKA adalah untuk memastikan pembangunan sektor angkasa dapat dilaksanakan secara terancang dan berkesan dalam aspek penjanaan ilmu baharu, penerokaan saintifik, pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat serta keselamatan dan kedaulatan negara.
.
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA; serta kehadiran daripada pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan.
.
MYSA turut membentangkan dua (2) kertas makluman yang merangkumi status pelaksanaan serta perkembangan inisiatif strategik sektor angkasa negara, termasuk aspek perancangan, penyelarasan dan pemantauan pembangunan sektor angkasa. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekosistem ekonomi angkasa, pembangunan modal insan serta pendidikan dan latihan sektor angkasa bagi menyokong pembangunan sektor yang berdaya saing, mampan dan berimpak tinggi.
Angkasa untuk semua | Space for all
Skip to content