MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-02-26)
Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kali Ke-3 telah berlangsung pada 23 Februari 2024. Mesyuarat dimulakan dengan kata alu-aluan oleh YBrs. Puan Hajah Nor Azah Jamaluddin, Pengerusi PUSPANITA MYSA dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA merangkap Penasihat PUSPANITA MYSA.
.
Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan termasuk pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan bagi tahun 2023 oleh Jawatankuasa PUSPANITA MYSA.
.
Turut diadakan, Pelancaran Tabung Prihatin PUSPANITA MYSA yang bertujuan untuk membantu ahli PUSPANITA MYSA yang kurang bernasib baik dan tayangan montaj aktiviti PUSPANITA 2023 – 2024. Majlis yang bertemakan ‘Fantasi’ ini diserikan dengan sesi cabutan bertuah, persembahan PUSPANITA GOT TALENT dan jualan gerai.
Skip to content