MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2025-05-08)
πŸ“ŒMemorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Universiti Sunway telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Prof. Sibrandes Poppema, Presiden Universiti Sunway pada 8 Mei 2025, bertempat di Universiti Sunway, Bandar Sunway 🀝
πŸ“ŒSkop kerjasama memfokuskan kepada bidang sains dan teknologi angkasa dan teknologi berkaitan meliputi penyelidikan bagi mencapai hasrat pembangunan lestari; penggunaan kemudahan projek penyelidikan; perkongsian bahan, informasi dan penerbitan; pelaksanaan program latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan; dan program promosi.
.
Delegasi MYSA turut dibawa melawat ke Research Centre for Human-Machine Collaboration (HUMAC) dan Sunway Innovation Labs (iLabs).
.
Pemeteraian ini meluaskan lagi jaringan kerjasama MYSA dengan institusi pengajian tinggi negara untuk meneroka peluang membangun, menyokong dan memperkasa aktiviti penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
Skip to content