Dua imej Matahari (I dan II) ini telah berjaya dirakam menggunakan penapis cahaya nampak (whitelight) dan Calcium II K-line (Ca ll K-line) di Observatori Negara Langkawi pada 3 Februari 2022. Imej Matahari (III) pula menunjukkan imej Matahari yang dicerap dengan menggunakan penapis Ca II K-line dalam ๐๐ฎ๐น๐๐ฒ ๐๐ผ๐น๐ผ๐๐ฟ yang dapat menunjukkan perincian ciri-ciri imej yang terlindung dengan lebih jelas.
.
Ketiga-tiga imej Matahari (I, II dan III) menunjukkan terdapat lima kumpulan ๐ง๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ธ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ besar yang diberi nama AR2936, AR2938, AR2939, AR2940 dan AR2941. Tompok Matahari adalah kawasan sejuk di lapisan fotosfera yang dihasilkan oleh perubahan setempat di dalam medan magnet Matahari serta cenderung untuk terbentuk dalam kumpulan-kumpulan. Tompok Matahari merupakan fenomena sementara pada fotosfera matahari yang kelihatan sebagai tompokan gelap berbanding kawasan sekitarnya.
.
Ia mempunyai medan magnet yang kuat dan menyebabkan tekanan atmosfera di sekitarnya menurun. Oleh itu, suhunya adalah lebih rendah (sejuk) berbanding dengan persekitarannya kerana medan magnet ini telah menghalang pengaliran gas panas ke permukaan Matahari. Kebiasaannya, jangka hayat Tompok Matahari mengambil masa di antara beberapa hari hingga beberapa minggu.
.
Secara ringkasnya, peningkatan bilangan tompok Matahari sering berkait rapat dengan kejadian kitaran Matahari maksimum yang berlaku setiap 11 tahun di mana aktiviti Matahari seperti hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) dan suar suria turut meningkat.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ
โข ๐๐ฎ๐น๐๐ฒ ๐๐ผ๐น๐ผ๐๐ฟ adalah teknik mewarnakan imej objek menggunakan bukan warna sebenar untuk meningkatkan atau membezakan kenampakan butiran pada imej tersebut.
โข ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฎ adalah โpermukaanโ Matahari yang dapat dilihat dengan penuras cahaya nampak.
โข ๐ง๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ธ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ dapat dilihat di permukaan fotosfera dan ia merupakan kawasan paling sejuk di permukaan Matahari (~4000ยฐC).