MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah berlangsung di Persada Johor International Convention Centre (JICC), Johor Bahru pada 23 September 2025, bersempena Forum Bandar Pintar Negeri Johor (JSCF) 2025.
.
Pertukaran MoU telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Ketua Eksekutif IRDA.
Skop kerjasama:
▪️membangunkan dan mengoperasi sistem aplikasi dan pangkalan data yang berteraskan teknologi angkasa bagi tujuan memudah dan memantapkan kerjasama perancangan, pengurusan dan pemantauan Wilayah Iskandar Malaysia dan Johor-Singapore Special Economic Zone(JS-SEZ) dengan lebih cekap dan berkesan;
▪️perkongsian bahan, informasi dan penerbitan;
▪️pelaksanaan program latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan; serta
▪️program promosi bersama.
.
📌MYSA komited menyusun strategi pembangunan sektor angkasa negara termasuklah mengoptimumkan penggunaan teknologi angkasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
📌Ini dilaksanakan melalui usaha membangun dan melaksana projek-projek sistem aplikasi yang berteraskan teknologi angkasa melalui kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content