Amanat YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Majlis Perhimpunan Bulanan MYSA bagi bulan Ogos, bertempat di Dewan Seminar MYSA, Kuala Lumpur, 21 Ogos 2026.
.

MYSA terus menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada pelbagai pihak, mencerminkan keyakinan serta kepercayaan yang semakin kukuh terhadap kepakaran dan keupayaan MYSA. Kunjungan ini dilihat sebagai peluang untuk meluaskan perkhidmatan MYSA serta meningkatkan penerimagunaan teknologi angkasa kepada pelbagai sektor.

Warga MYSA perlu terus memperkukuh kompetensi dan penguasaan teknologi terkini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berimpak tinggi.

Mempergiat aktiviti komunikasi strategik khususnya dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai terhadap peranan, fungsi dan pencapaian semasa pembangunan sektor angkasa negara.

Sentiasa peka terhadap perubahan semasa mengenai dasar, pekeliling, peraturan dan garis panduan. Setiap perubahan perlu difahami dari segi rasional, tujuan dan implikasinya, agar pelaksanaannya dapat dibuat secara berkesan dalam penyampaian tugas dan perkhidmatan.

Mengambil kira keadaan ekonomi semasa, pengurusan kewangan yang berhemah perlu terus diberi keutamaan melalui langkah penjimatan dan penggunaan sumber secara optimum.
.
Mengakhiri amanat, warga MYSA turut diingatkan agar sentiasa menjunjung integriti sebagai penjawat awam, melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme.
.
Sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, warga MYSA juga diseru untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara menerusi inisiatif 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang.
.
Bersama memperkukuh keupayaan, memperkasa teknologi dan memacu perkhidmatan MYSA.
.
Angkasa untuk semua | Space for all