MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bulan Mei bertempat di Observatori Negara Langkawi (ONL), MYSA, Langkawi, Kedah pada 18 Mei 2026.
.
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA menekankan untuk mengoptimumkan sumber sedia ada tanpa menjejaskan kualiti dan sasaran kerja yang telah ditetapkan semasa tempoh pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR). Beliau turut menyentuh mengenai peningkatan permintaan kerjasama daripada Jabatan/Agensi Kerajaan terhadap kepakaran MYSA membuktikan bahawa penggunaan teknologi angkasa kini menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam membantu meningkatkan kecekapan pengoperasian dan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.
.
Justeru, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipertingkatkan memandangkan teknologi angkasa mampu menyediakan solusi penjimatan kos yang signifikan, khususnya semasa krisis. Selain itu, pelantikan MYSA sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal Rukyah Negeri Kedah bagi pencerapan rasmi hilal di bawah Jabatan Mufti Negeri Kedah merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan kredibiliti MYSA dalam bidang astronomi dan sains angkasa.
.
Mengakhiri amanat, beliau mengingatkan agar semua aktiviti dan projek tahun 2026 dapat diselesaikan sebelum Oktober 2026 bagi memberi laluan kepada perancangan kerja tahun 2027 dimulakan lebih awal dan tersusun.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ
Skip to content