MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Amanat YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Majlis Perhimpunan Bulanan MYSA bagi bulan Julai, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur, 24 Julai 2026.
▪️ Warga MYSA diingatkan untuk mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan, selaras dengan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) mulai 1 Ogos 2026.
▪️ Bahasa Melayu hendaklah diutamakan dalam penganjuran program jabatan, selaras dengan surat edaran JPA bertarikh 9 Julai 2026 yang menekankan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi perkhidmatan awam.
▪️ Memanfaatkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penyediaan bahan pembentangan perlu disertai dengan semakan dan penambahbaikan agar menepati konteks, penggunaan bahasa dan objektif penyampaian.
▪️ Pegawai yang menghadiri program luar negara hendaklah membuat perancangan rapi serta memastikan semua kelulusan diperoleh mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin penyertaan yang berimpak kepada jabatan.
▪️ Bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme menjelang sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
.
Di akhir amanat, beliau turut mengingatkan seluruh warga MYSA agar sentiasa mematuhi peraturan tatatertib perkhidmatan awam sepanjang musim pilihan raya.
.
Majlis turut menyaksikan sesi penyerahan Nota Serah Tugas oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Abd Razak bin Sipit, Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan (BP), kepada YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), MYSA.
.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Abd Razak bin Sipit atas segala jasa, dedikasi dan khidmat bakti sepanjang hampir sembilan tahun berkhidmat di MYSA. Selamat maju jaya di tempat baharu. Semoga dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
.
Turut berlangsung penyampaian saguhati kepada anak-anak warga MYSA yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025/2026 dan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2025. Pengiktirafan daripada Kelab MYSAC ini merupakan penghargaan atas kecemerlangan yang telah dicapai. Tahniah anak-anak dan ibu bapa semua.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content