MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah berlangsung di Perkampungan Budaya Terachi, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 16 Julai 2026.
.
Majlis pemeteraian MoU ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Puan Nawal binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP.
.
MDKP merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang berkolaborasi dengan MYSA di Negeri Sembilan.
.
Kerjasama strategik ini akan memanfaatkan teknologi angkasa dan data geospatial bagi memperkukuh keupayaan MDKP dalam merancang, mengurus dan memantau pembangunan kawasan secara lebih cekap, tepat dan berkesan.
.
▪️pengurusan hasil dan pelesenan;
▪️pengurusan aset serta infrastruktur perbandaran; dan
▪️pemantauan pembangunan serta pelaksanaan penguatkuasaan.
📌MYSA komited menyusun strategi pembangunan sektor angkasa negara termasuklah mengoptimumkan penggunaan teknologi angkasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
.
📌Ini dilaksanakan melalui usaha membangun dan melaksana projek-projek sistem aplikasi yang berteraskan teknologi angkasa melalui kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content