MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Peluncuran Buku Mewah TNB Hydro Catchment Area Surveillance (THyCAS) telah berlangsung pada 12 Februari 2026 di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan YBrs. Tuan Haji Mohammad Zahir Ismail, Ketua Pegawai Operasi, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco).
.
MYSA telah membangunkan sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa iaitu TNB Hydro Catchment Area Surveillance (THyCAS) – untuk kegunaan TNB Genco dalam melaksanakan pemantauan di tiga (3) kawasan utama operasi tadahan air TNB iaitu Stesen-Stesen Janakuasa TNB di Sungai Perak (SGPK), Kenyir (KNYR) dan Cameron Highlands (CHPS). Pemantauan merangkumi aspek potensi ancaman di empangan, perubahan litupan tanah, analisis bentuk muka bumi serta penilaian krisis semasa bencana.
.
Sistem THyCAS turut meraih pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi Information Technology Project of the Year (Asian Power Awards 2023) dan Best Paper Award (Enlit Asia 2024).
.
Penerbitan buku ini merupakan dokumentasi perjalanan dan pencapaian kerjasama antara MYSA dan TNB Genco.
Angkasa untuk semua | Space for all
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ
Skip to content