MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-10-24)
Libat urus Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama-sama dengan Agensi Kerajaan, Sektor Industri dan Akademia bagi penyediaan 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 telah berlangsung di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, 23 Oktober 2024.
.
YBrs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dalam ucapan perasmian penutupan menekankan inisiatif Bandar Angkasa mencerminkan aspirasi besar negara untuk menguasai teknologi angkasa secara keseluruhan. Justeru, idea dan input dari pihak-pihak berkepentingan akan memperkukuhkan lagi kerangka yang sedang dibangunkan supaya ia menjadi satu dokumen rujukan yang komprehensif untuk manfaat semua pihak.
.
Selain itu, sesi ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang bakal wujud berkaitan penyediaan infrastruktur, rangka kerja peraturan, kelestarian alam sekitar dan integrasi teknologi. Ini seterusnya dapat mengurangkan risiko serta intervensi luar jangka di sepanjang fasa-fasa pembangunan Bandar Angkasa.
.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MYSA akan membangunkan kerangka pembaharuan yang komprehensif untuk mewujudkan bandar angkasa di Malaysia.
▪️ Bandar Angkasa merupakan platform dan medium penting untuk menarik kerjasama & pelaburan ke dalam ekonomi angkasa (space economy), mewujudkan pekerjaan berteknologi tinggi dan memupuk inovasi dalam industri angkasa selaras dengan matlamat Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
▪️ Bandar Angkasa di Malaysia kelak bakal menempatkan industri pembuatan angkasa, syarikat teknologi angkasa dan pusat inkubasi, hab pengetahuan dan juga untuk menempatkan pusat operasi kawalan angkasa untuk satelit dan pelancar.
Skip to content