MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-03-13)
Satu letusan Matahari telah berjaya dirakam oleh sistem teleskop Observatori Negara Langkawi (ONL) pada 9 Mac 2024. Letusan tersebut berlaku di pinggir Timur Matahari. Ini membolehkan kita melihat letusan tersebut keluar dari permukaan Matahari.
 
Walau bagaimanapun, letusan ini tidak memberikan kesan kepada Bumi. Kadar aktiviti Matahari akan meningkat semakin kita menghampiri kitaran Matahari Maksimum yang dijangka berlaku dalam tempoh setahun ini. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui ONL memantau aktiviti keadaan Matahari secara konsisten setiap hari.
Skip to content