MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-07-23)
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan sesi lawatan turun padang ke Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia – MYSA Langkawi, Kedah bagi melawat projek pembangunan RMKE12.
 
Projek tersebut adalah projek Kerja- kerja Menaik Taraf Observatori Negara Langkawi (ONL) Bagi Memastikan Kelestarian ONL sebagai Hub Astronomi Negara.
 
Turut mengiringi lawatan kerja KSU MOSTI adalah YBrs Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), serta pegawai- pegawai YBrs Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah.
 
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai outcome yang disasarkan.
.
Skip to content