Satu lawatan kerja dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor yang diketuai oleh YBrs. Puan Norliyati Binti Md Nor, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 5 Oktober 2023. . Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi jalinan kerjasama dua hala bagi pemerkasaan penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus tanah di negeri Johor. . Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke fasiliti di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.