LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah mengadakan kunjungan ke Laman Florikultur Magica Garden dan Laman Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 pada 1 September 2026.
 
Kunjungan beliau di Laman Florikultur Magica Garden telah disambut oleh YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian (DOA). Beliau berpeluang meneroka keindahan landskap yang menghimpunkan pelbagai elemen bunga-bungaan, tanaman hiasan dan tanaman yang boleh dimakan.
 
Semasa di Laman Perikanan pula, beliau telah disantuni oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan seterusnya diberikan penerangan oleh Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan DOF mengenai kepelbagaian ekosistem, keunikan spesies perikanan serta inovasi baharu sektor berkenaan.
 
Kunjungan ini menjadi platform strategik untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan sektor agromakanan, sekali gus membuka ruang penerokaan potensi pemanfaatan teknologi angkasa dan data geospatial dalam menyokong pengurusan serta pembangunan sektor pertanian dan perikanan negara.
Jom ramai-ramai ke MAHA 2026!
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
Skip to content