MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2025-03-11)
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 10 Mac 2025, Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Kehadiran delegasi telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA mewakili YBhg. Dato’ Ketua Pengarah MYSA. Delegasi SWCorp diketuai oleh YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif.
.
Perbincangan tertumpu kepada inisiatif dan peluang kerjasama melalui penggunaan teknologi angkasa antaranya:- teknologi pemetaan satelit untuk pemantauan sisa pepejal dan pembersihan awam; dan kerjasama dalam penyelidikan inovatif untuk pengurusan sisa pepejal. Delegasi turut dibawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA. 🤝
Skip to content