MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat daripada YBrs. ChM. Dr. Mahdi bin Che Isa, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan Pertahanan), Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan delegasi di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2026.
.
Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua agensi serta meneroka petensi kerjasama dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) teknologi angkasa.
.
Delegasi turut dibawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content