Menerima kunjungan delegasi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (LPATTS) ke Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur. Delegasi diketuai oleh YBrs. Puan Rimi Repin, Timbalan Pengarah, Bahagian Pentadbiran, Kewangan, Penyelidikan & lnovasi. Kunjungan ini bertujuan untuk lawatan penandaarasan inovasi bagi LPATTS.
.
Delegasi disambut dan disantuni oleh YBrs. Encik Zuraimi bin Suleiman, Pengarah Bahagian Aplikasi Pengurusan Sumber MYSA. Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dengan LPATTS telah dimeterai pada Januari 2024 untuk membangun dan mengoperasikan sistem aplikasi dan pangkalan data berteraskan teknologi angkasa bagi memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan di kawasan taman-taman di bawah seliaan LPATTS. Lawatan ini berhasrat untuk melihat potensi peluasan kerjasama dalam pelbagai sektor untuk membantu LPATTS dalam pendigitalan pengurusan geospatial yang sedia ada.