MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2022-10-31)
TM2022 6

Imej ini menunjukkan konjungsi planet Marikh dan Nebula Lagoon (๐˜—๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ต ๐˜”๐˜ข๐˜ณ๐˜ด ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜“๐˜ข๐˜จ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜•๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ) yang telah dicerap dari Observatori Negara Langkawi pada 26 Januari 2022 jam 6:30 pagi. Konjungsi (๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.

.
Lagoon Nebula (NGC6523) atau dikenali sebagai Messier 8, M8 merupakan sejenis ๐—ป๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป yang terletak di buruj ๐—ฆ๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐˜๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜‚๐˜€ dan diklasifikasikan sebagai kawasan H II (๐™ƒ ๐™„๐™„ ๐™ง๐™š๐™œ๐™ž๐™ค๐™ฃ). Jaraknya adalah 5,200 ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ฐ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ dari Bumi dan berdiameter 130 tahun cahaya. M8 merupakan tapak semaian bintang di mana banyak bintang baharu telah terbentuk daripada awan gas yang besar ini. Oleh itu, ia memberi peluang yang baik kepada ahli astronomi untuk mengkaji sifat-sifat bintang muda. M8 mempunyai kecerahan ๐—บ๐—ฎ๐—ด๐—ป๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฑ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ 6 dan boleh dilihat dengan mata kasar dalam keadaan langit yang sangat gelap. Ia kelihatan bersinar disebabkan oleh bintang-bintang besar di dalamnya memancarkan sejumlah besar sinaran ultraungu yang mengionkan gas.

.
Marikh merupakan planet keempat dari Matahari dalam Sistem Suria. Ia juga dikenali sebagai planet merah kerana permukaannya berwarna merah yang disebabkan oleh kewujudan ferum oksida. Ia merupakan planet yang menyerupai Bumi dalam Sistem Suria dan mempunyai lapisan atmosfera yang nipis yang terdiri daripada karbon dioksida, nitrogen dan argon. Marikh mempunyai dua satelit semulajadi, iaitu Phobos dan Deimos yang mempunyai ciri-ciri seperti ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ถ๐—ฑ.

.
Nota:-
* ๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ (๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ)
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/infographic37/
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/infographic40/
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/infographic41/
* ๐—ฆ๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐˜๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜‚๐˜€ ialah buruj yang berlambangkan pemanah yang mempunyai badan separuh manusia dan separuh kuda.
* ๐—ป๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ialah awan gas yang cerah.
* ๐™ƒ ๐™„๐™„ ๐™ง๐™š๐™œ๐™ž๐™ค๐™ฃ ialah sesuatu kawasan atom-atom hidrogen antara bintang yang telah terion.
* ๐—บ๐—ฎ๐—ด๐—ป๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฑ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.
* ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ฐ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.
* ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ถ๐—ฑ ialah jasad kecil di langit (sebahagian daripada cakerawala), yang mengelilingi Matahari, jumlahnya puluhan ribu dan kebanyakannya terdapat di antara orbit Marikh dan Musytari.

.
๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
โœ…https://www.nasa.gov/…/2017/messier-8-the-lagoon-nebula
โœ…https://earthsky.org/cluster…/the-lagoon-nebula-messier-8/
โœ…https://www.nasa.gov/…/the-lagoon-nebula-gives-birth-to…
โœ…https://spaceplace.nasa.gov/all-about-mars/en/

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyatย #KeluargaAngkasa
#KeluargaMalaysiaย 

ย 
Skip to content