MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-04-16)
Komet 12P/Pons-Brooks
TM A Komet 12P/Pons-Brooks
TM B Komet 12P/Pons-Brooks
Komet 12P/Pons-Brooks pertama kali telah ditemui oleh Jean-Louis Pons pada tahun 1812, seorang ahli astronomi Perancis di Balai Cerap Marseilles, Perancis, dengan kecerahan pada magnitud ketara 4. Pada tahun 1883, ia telah ditemukan semula secara berasingan oleh William Robert Brooks, seorang ahli astronomi Amerika. 12P/Pons-Brooks merupakan sejenis komet berkala (periodic comet) dengan tempoh orbit sekitar 71 tahun. Komet ini turut dikenali sebagai โ€œDevil Cometโ€ kerana komanya kelihatan seakan-akan mempunyai dua tanduk pada waktu tertentu.
.
Pada 21 April 2024, Komet 12P/Pons-Brooks akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Matahari (perihelion) dengan jarak sekitar 0.8 AU. Komet tersebut akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi pada jarak sekitar 1.55 AU pada 2 Jun 2024. Dari sudut pandang langit malam Bumi pula, komet itu melintasi buruj Andromeda pada sepanjang Mac 2024 ke buruj Pisces pada awal April 2024 dan seterusnya ke buruj Cetus pada awal Mei 2024.
.
Komet 12P/Pons-Brooks dijangka akan kelihatan lebih terang dengan magnitud ketara (kecerahan) sekitar 4.5 dan boleh jelas dicerap dengan binokular atau teleskop kecil sekiranya cuaca adalah baik dan langit adalah gelap. ๐Š๐จ๐ฆ๐ž๐ญ ๐Ÿ๐Ÿ๐/๐๐จ๐ง๐ฌ-๐๐ซ๐จ๐จ๐ค๐ฌ ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐š๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ข ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ข๐ญ ๐›๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฐ๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐ฆ๐š๐ ๐ก๐ซ๐ข๐› ๐๐š๐ง ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ค๐จ๐ฆ๐ž๐ญ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐š๐๐š ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฎ๐Ÿ๐ฎ๐ค.
.
Orang ramai boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti Stellarium, The SkyLive Planetarium, SkySafari dan lain-lain untuk menyemak waktu komet 12P/Pons-Brooks terbit dan terbenam di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu kenampakan komet tersebut.
.
.
๐๐จ๐ญ๐š ๐ค๐š๐ค๐ข:
โ–ช Komet ialah jasad cakerawala yang terdiri daripada gumpalan batu, ais dan debu serta campuran gas yang bergerak mengelilingi Matahari dalam Sistem Suria. Ia membeku apabila menjauhi Matahari tetapi akan mengewap membentuk kepala bergas (koma) dan ekor apabila mendekati Matahari.
โ–ช Komet berkala (Periodic Comet) merupakan komet yang pernah dilihat mengelilingi Matahari lebih daripada sekali.
โ–ช Koma ialah bahagian utama kebanyakan komet yang terdiri daripada awan gas dan debu bercahaya yang terserak luar mengelilingi nukleus atau jasad sebenar komet.
โ–ช Unit astronomi (Astronomical Unit) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x10โธ km.
โ–ช Perihelion ialah kedudukan dalam orbit apabila sesuatu planet atau komet berada paling hampir dengan Matahari.
โ–ช Magnitud ketara ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.
Skip to content