MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-03-15)
TM
TM A
Fenomena solar maksimum dikatakan berlaku apabila aktiviti di permukaan Matahari meningkat dengan ketara seperti penambahan bilangan Tompok Matahari dan pelepasan suar suria serta CME yang lebih besar dan kuat. Manifestasi keadaan solar maksimum ini ialah frekuensi berlakunya ribut suria dan fenomena aurora menjadi lebih tinggi.
.
Rajah 1 menunjukkan imej Matahari yang telah berjaya dirakam di Observatori Negara Langkawi (ONL) ketika fasa menuju solar minimum pada 6 Ogos 2019 dan solar maksimum pada 23 Januari 2024 dengan menggunakan penapis cahaya tampak (whitelight).
.
Melalui siri pemerhatian Matahari secara global, National Oceanic and Atmospheric Administration, Space Weather Prediction Centre (NOAA SWPC) mengesahkan bahawa kitaran solar ke-25 telah bermula pada Disember 2019 dan dijangka kemuncaknya akan berlaku pada Januari hingga Oktober 2024 seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Hal ini dirumuskan berdasarkan data pencerapan Tompok Matahari dan pengesanan suar suria dalam julat frekuensi radio pada panjang gelombang 10.7 cm (2,800 MHz) dari Bumi yang diselaraskan oleh NOAA’s SWPC.
Skip to content