MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KEMUNCAK HUJAN METEOR GEMINIDS 14 - 15 DISEMBER 2025
TM A KEMUNCAK HUJAN METEOR GEMINIDS 14 - 15 DISEMBER 2025
TM B KEMUNCAK HUJAN METEOR GEMINIDS 14 - 15 DISEMBER 2025
TM C KEMUNCAK HUJAN METEOR GEMINIDS 14 - 15 DISEMBER 2025
Hujan Meteor Geminids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Gemini, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Hujan meteor yang lain biasanya dikaitkan dengan komet tetapi berbeza dengan Hujan Meteor Geminids kerana ia dikaitkan dengan asteroid iaitu 3200 Phaethon.
ย 
Fenomena ini berlaku apabila Bumi melalui laluan serpihan asteroid 3200 Phaethon. Asteroid ini bersaiz kira-kira 6 km dan mengorbit Matahari setiap 1.4 tahun. Apabila Phaethon menghampiri Matahari, keretakan suhu (thermal fracturing) akan berlaku. Ia akan mengakibatkan serpihan asteroid ini bertebaran di dalam orbitnya. Serpihan ini akan memasuki atmosfera Bumi apabila Bumi melintasi peninggalan debu Asteroid Pheathon. Debu ini akan terbakar pada kelajuan sekitar 130,000 km/j dan menghasilkan juraian meteor Geminids yang banyak dan terang.
ย 
๐—ง๐—ถ๐—ฝ๐˜€ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ ๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—š๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ฑ๐˜€:
โœ…Pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.
โœ…Jauhi persekitaran yang bercahaya. Kawasan lebih gelap adalah yang terbaik seperti pinggir bandar, kampung atau kawasan yang tiada lampu jalan.
โœ…Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.Sesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 – 20 minit.
โœ…Tidak perlu fokus ke arah buruj Gemini sahaja untuk melihat hujan meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ
โœ…๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ โ€“ Fenomena ketika garis cahaya terang seperti โ€œbintang jatuhโ€ kelihatan di langit malam. Ia berlaku apabila Bumi melintasi serpihan kecil dari komet atau asteroid, dan serpihan itu terbakar semasa masuk ke atmosfera Bumi dengan kelajuan yang tinggi.
โœ…๐—•๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ท ๐—š๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ถโ€“ sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti sepasang kembar.
โœ…๐—”๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ถ๐—ฑ โ€“ satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, terยญutamaยญnya di antara orbit Marikh dan Musytari.
โœ…๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ โ€“ pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati Matahari.
ย 
๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž๐—”๐—ก
โ–ช๏ธhttps://www.timeanddate.com/astronomy/meteor-shower/geminids.html
โ–ช๏ธhttps://science.nasa.gov/solar-system/meteors-meteorites/geminids
โ–ช๏ธhttps://in-the-sky.org/news.php?id=20251214_10_100
โ–ช๏ธhttps://www.space.com/34921-geminid-meteor-shower-guide.html
โ–ช๏ธhttps://earthsky.org/astronomy-essentials/everything-you-need-to-know-geminid-meteor-shower
Skip to content