Hujan Meteor Southern Delta Aquariids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius. Namun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 96P/Machholz yang disyaki merupakan antara komet utama yang menyebabkan fenomena ini.
.
Komet 96P/Machholz dianggarkan mengambil masa selama 5.3 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
๐ง๐ถ๐ฝ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ ๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐ฆ๐ผ๐๐๐ต๐ฒ๐ฟ๐ป ๐๐ฒ๐น๐๐ฎ ๐๐พ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ถ๐ฑ๐:
Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).
Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik
Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Aquarius sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
* Aquarius ialah buruj zodiak hemisfera selatan yang luas yang berhampiran dengan Pegasus, dan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang magnitud ketiga.
* Komet ialah jasad cakerawala yang beredar mengelilingi Matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.