MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2022-12-09)

Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Geminids pada 14 Disember 2022

TM2022 67
TM2022 67A
TM2022 67B
Fenomena Hujan Meteor Geminids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid 3200 Phaeton. Asteroid 3200 Phaeton ini pada asalnya diberi nama 1983 TB dan nombor 1983 itu merujuk kepada tahun ia ditemui oleh Simon Green dan John Davis melalui imej yang berjaya dirakam oleh Infrared Astronomical Satellite (IRAS) pada 11 Oktober 1983; manakala nama 3200 Phaeton pula diberikan kepada asteroid tersebut pada tahun 1985.
.
Asteroid ini mempunyai kelebaran 5km dan mengambil masa kira-kira 1.4 tahun untuk mengorbit Matahari. Jarak terdekatnya dengan Matahari kira-kira 21 juta kilometer, iaitu satu pertiga daripada jarak purata antara Utarid dengan Matahari.
.
Ketika asteroid ini mendekati Matahari, keretakan haba (thermal fracturing) akan berlaku. Ia akan mengakibatkan serpihan 3200 Phaethon bertebaran di dalam orbitnya dan sebahagian serpihan tersebut akan masuk ke atmosfera Bumi pada kelajuan kira-kira 130,000km per jam dan seterusnya mengewap sebagai meteor Geminids yang berwarna-warni.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
*๐—š๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ถ ialah kumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan budak kembar.
*๐—จ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ ialah planet yang paling dekat dengan Matahari di dalam Sistem Suria. Jarak purata Utarid dengan Matahari adalah 58 juta kilometer.
*๐—”๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ถ๐—ฑ merupakan satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dan Musytari.
Skip to content