Kemajuan teknologi yang pesat hari ini membuktikan bahawa bidang angkasa lepas bukan lagi satu impian, melainkan pentas strategik bagi pembangunan ekonomi dan ilmu pengetahuan. MYSA menyokong penuh usaha pemanfaatan sains dan teknologi angkasa dalam membina keupayaan modal insan serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena penerokaan angkasa global.