Berlaku apabila Bulan (fasa sabit) melintas di hadapan planet Zuhrah dari perspektif pemerhati di Bumi, menyebabkan Zuhrah kelihatan terlindung di sebalik Bulan buat sementara waktu sebelum muncul semula. Zuhrah mula dilindungi oleh Bulan pada 8:37 malam dan muncul semula pada 9:38 malam.
Namun, fenomena ini tidak dapat disaksikan sepenuhnya daripada Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kerana Bulan dan Zuhrah akan terbenam pada 9:33 malam.
Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Fenomena ini menandakan permulaan musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan. Ketika ini, siang dan malam hampir sama panjang di seluruh Bumi.
Berlaku apabila Bumi berada di antara planet Neptun dan Matahari. Neptun akan disinari sepenuhnya oleh Matahari, menjadikannya paling terang. Waktu ini juga Neptun boleh dilihat sepanjang malam, paling sesuai untuk pencerapan tetapi ia terlalu malap dengan mata kasar dan memerlukan teleskop.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ถ๐ท๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป (๐ข๐ฐ๐ฐ๐๐น๐๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป) โ Keadaan apabila satu objek di langit kelihatan menutup atau menghalang objek lain yang berada di belakangnya, dari perspektif pemerhati di Bumi.
๐๐ธ๐๐ถ๐ป๐ผ๐ธ๐ (๐๐พ๐๐ถ๐ป๐ผ๐ ) โ Fenomena astronomi apabila Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Tempoh siang dan malam hampir sama Panjang, iaitu hampir tepat 12 jam siang dan 12 jam malam di seluruh Bumi. Ia berlaku dua kali setahun, iaitu pada bulan Mac dan September.
๐๐๐๐ถ๐พ๐ฏ๐ฎ๐น (๐ข๐ฝ๐ฝ๐ผ๐๐๐ถ๐ผ๐ป) โ Istilah falak / astronomi tradisional yang merujuk kepada kedudukan sesuatu planet bertentangan dengan Matahari sebagaimana dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, planet tersebut disinari sepenuhnya oleh Matahari dan kelihatan paling terang di langit malam.