
𝟮𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗜𝘀𝘁𝗶𝗾𝗯𝗮𝗹 𝗭𝘂𝗵𝗮𝗹
Planet Zuhal (Saturn) akan berada pada kedudukan oposisi / istiqbal, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari berasaskan kedudukan Bumi. Pada ketika ini, Zuhal disinari sepenuhnya oleh cahaya Matahari dan kelihatan lebih terang berbanding ketika ia pada kedudukan lain.

𝟮𝟯 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗜𝘀𝘁𝗶𝗾𝗯𝗮𝗹 𝗡𝗲𝗽𝘁𝘂𝗻
Istiqbal Neptun berlaku apabila planet Neptun berada bertentangan dengan Matahari, dengan Bumi berada di tengah-tengah. Neptun akan disinari sepenuhnya oleh Matahari, menjadikannya paling terang. Waktu ini juga Neptun boleh dilihat sepanjang malam, dari terbit di sebelah timur hingga terbenam di sebelah barat.
**𝘞𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘦𝘻𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘶𝘭𝘢𝘴𝘪.
**𝘞𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘒𝘢𝘭𝘦𝘯𝘥𝘢𝘳 𝘈𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪 𝘥𝘪𝘫𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘭𝘰𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘓𝘶𝘮𝘱𝘶𝘳.