Hujan Meteor Draconids boleh dilihat mulai 6 hingga 10 Oktober setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Draconids dijangka berlaku pada malam 9 Oktober 2023 dengan purata 10 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan cahaya Bulan semasa kemuncak berlaku.
Hujan Meteor Orionids boleh dilihat mulai 2 Oktober hingga 7 November setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Orionids dijangka berlaku pada malam 21 Oktober 2023 hingga awal pagi 22 Oktober 2023 dengan purata 20 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan cahaya Bulan semasa kemuncak berlaku.
Gerhana Bulan Separa bermula dengan fasa penumbra pada jam 02:01, diikuti dengan fasa separa apabila Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi pada jam 03:34, kemuncak pada jam 04:14 dan fasa separa berakhir pada jam 04:52. Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 06:26 apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi. Gerhana Bulan Separa ini dapat dilihat dari sebahagian timur Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Asia (termasuk Malaysia) dan Australia.