Boleh disaksikan dari 20 September hingga 20 November 2026. Kemuncaknya dijangka pada malam 4 November hingga awal pagi 5 November, dengan kadar kira-kira 5 meteor sejam.
Boleh disaksikan di langit Malaysia dari 20 Oktober – 10 Disember 2026. Kemuncaknya akan berlaku pada malam 11 November hingga awal pagi 12 November, dengan sekitar 5 meteor sejam.
Boleh disaksikan pada 6-30 November 2026. Kemuncaknya berlaku pada malam 17-18 November dengan sekitar 15 meteor sejam. Kenampakan hujan meteor sangat baik selepas Bulan terbenam pada jam 1:23 pagi. Fenomena ini berasal daripada debu komet Tempel-Tuttle dan kadangkala menghasilkan โribut meteorโ yang menakjubkan.
Berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan planet Uranus, menjadikan ia paling hampir dan paling cerah sepanjang tahun serta boleh dilihat sepanjang malam. Namun, ia sukar dilihat dengan mata kasar dan hanya kelihatan seperti titik kecil biru kehijauan walaupun menggunakan teleskop.
Hujan Meteor โ Fenomena ketika garis cahaya terang seperti โbintang jatuhโ kelihatan di langit malam. Ia berlaku apabila Bumi melintasi serpihan kecil dari komet atau asteroid, dan serpihan itu terbakar semasa masuk ke atmosfera Bumi dengan kelajuan yang tinggi.
Elongasi (elongation) โ dalam astronomi ialah jarak sudut antara Matahari dan planet (contohnya Zuhrah atau Utarid) dari pandangan Bumi.
Istiqbal (Oppostion) โ Istilah falak / astronomi tradisional yang merujuk kepada kedudukan sesuatu planet bertentangan dengan Matahari sebagaimana dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, planet tersebut disinari sepenuhnya oleh Matahari dan kelihatan paling terang di langit malam.