MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2022-07-01)
Kalendar Astronomi Julai 2022
πŸ…ΊπŸ…°πŸ…»πŸ…΄πŸ…½πŸ…³πŸ…°πŸ† πŸ…°πŸ†‚πŸ†ƒπŸ†πŸ…ΎπŸ…½πŸ…ΎπŸ…ΌπŸ…Έ JULAI 2022
Β 
πŸ”ΈοΈ4 Julai 2022πŸ”ΈοΈ
πŸ”³ Bumi Pada Kedudukan Aphelion.
Bumi berada pada jarak yang paling jauh dengan Matahari, iaitu sejauh 152,098,455km. Kedudukan ini dikenali sebagai aphelion.
Β 
πŸ”ΈοΈ7 Julai 2022πŸ”ΈοΈ
πŸ”³ Bulan Suku Pertama.
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 10:14.
Β 
πŸ”ΈοΈ13 Julai 2022πŸ”ΈοΈ
πŸ”³Bulan Perigee
Bulan berada pada jarak yang paling dekat dengan Bumi, iaitu sejauh 357,263km. Kedudukan ini dikenali sebagai perigee.
Β 
πŸ”ΈοΈ14 Julai 2022πŸ”ΈοΈ
πŸ”³ Bulan Penuh / Bulan Purnama
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 02:37. Bulan Penuh Perigee, iaitu bulan purnama yang berada paling dekat dekat dengan Bumi, kelihatan terbesar dan tercerah untuk tahun 2022 yang juga dikenali sebagai β€œSupermoon”.
Β 
πŸ”ΈοΈ20 Julai 2022πŸ”ΈοΈ
πŸ”³Bulan Suku Akhir / Ketiga
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 22:18.
Β 
πŸ”ΈοΈ29 Julai 2022πŸ”ΈοΈ
πŸ”³Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquarids
Hujan Meteor Delta Aquarids boleh dilihat mulai 12 Julai hingga 23 Ogos. Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquarids dijangka berlaku pada awal pagi 29 Julai 2022 dengan purata 20 meteor per jam. Hujan Meteor Delta Aquarids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan bulan semasa kemuncak berlaku.
Β 
πŸ”³Bulan Baru
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 01:54.
.
Sumber Rujukan:
βœ…Lunar Perigee and Apogee Calculator
βœ…Mercury Chaser’s Calculator
βœ…Sea and Sky – Astronomy Calendar of Celestial Events for Calendar Year 2022
βœ…EarthSky’s 2022 meteor shower guide
βœ…Perisian Stellarium
Skip to content