MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-01-02)
Kalendar Astronomi Januari 2024

🔸𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐩𝐨𝐠𝐞𝐞
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,909 km

🔸 𝟑 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐡𝐞𝐥𝐢𝐨𝐧
Bumi berada pada jarak yang paling dekat dengan Matahari, iaitu sejauh 147,100,632 km.

🔸 𝟒 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐮 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫/𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 11:30.

🔸 𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐭𝐞𝐨𝐫 𝐐𝐮𝐚𝐝𝐫𝐚𝐧𝐭𝐢𝐝𝐬
Fenomena Hujan Meteor Quadrantids mula aktif dan boleh dilihat pada 26 Disember 2023 hingga 16 Januari 2024. Kemuncak fenomena ini akan dapat disaksikan pada awal pagi 5 Januari 2024 dengan purata 100 meteor setiap jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang baik kerana terdapat gangguan Bulan suku akhir semasa kemuncak berlaku.

🔸 𝟏𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 19:57.

🔸 𝟏𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐔𝐭𝐚𝐫𝐢𝐝 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐄𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭
Utarid berada di posisi elongasi paling barat iaitu 23.5 darjah dari Matahari. Utarid boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit.

🔸 𝟏𝟑 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐠𝐞𝐞
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 362,267 km.

🔸 𝟏𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 11:52.

🔸 𝟐𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐊𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐥𝐞𝐢𝐚𝐝𝐞𝐬
Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sejauh 0.9 darjah di langit.

🔸 𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡/ 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐫𝐧𝐚𝐦𝐚
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 01:54.

🔸 𝟐𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐊𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐢𝐝 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡
Utarid dan Marikh akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Utarid dan Marikh dari Bumi adalah sejauh 0.2 darjah di langit timur.

🔸 𝟐𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒🔸
𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐩𝐨𝐠𝐞𝐞
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,777 km.

.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
– 𝐊𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐬𝐢 (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
– 𝐉𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐝𝐮𝐭 ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
– Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.

.
𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤𝐚𝐧:
✅Perisian The SkyX Professional Edition
✅Perisian Stellarium
✅https://eclipse.gsfc.nasa.gov/SKYCAL/SKYCAL.html
✅http://www.seasky.org/astronomy/astronomy-calendar-2024.html
✅https://in-the-sky.org/article.php?term=conjunction…
✅http://astropixels.com/alm…/almanac21/almanac2024aest.html
✅https://in-the-sky.org/newscalyear.php?year=2024…
✅https://www.fourmilab.ch/images/3planets/elongation.html
✅https://iota-es.de/moon/moon_occ_plan.html
✅https://www.timeanddate.com/astro…/meteor-shower/list.html
✅https://eco.mtk.nao.ac.jp/…/koyomi/cande/phenomena_en.cgi
✅https://www.amsmeteors.org/meteor…/meteor-shower-calendar/

.
#MYSA #MOSTI #KalendarAstronomi2024 

 
Skip to content