MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-04-01)
Kalendar Astronomi April 2024
๐Ÿ”ธ ๐Ÿฎ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ/๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 11:14
.
๐Ÿ”ธ ๐Ÿด ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 358,850 km.
.
๐Ÿ”ธ๐Ÿต ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 02:20
.
๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ญ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—น
Marikh dan Zuhal akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Marikh dan Zuhal dari Bumi adalah sejauh 0.45 darjah di langit timur.
.
๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—น๐—ฒ๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€
Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sejauh 0.4 darjah di langit barat.
.
๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 03:13.
.
๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฝ๐—ผ๐—ด๐—ฒ๐—ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,623 km.
.
๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—Ÿ๐˜†๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐˜€
Hujan Meteor Lyrids boleh dilihat mulai 15 hingga 29 April setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Lyrids dijangka berlaku pada lewat malam 22 April 2024 hingga awal pagi 23 April 2024 dengan purata 18 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana gangguan cahaya Bulan Hampir Purnama semasa kemuncak berlaku.
.
๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต/๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 07:48.
.
๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿ”ธ
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป
Bulan kelihatan melintas di hadapan Antares dari pandangan Bumi. Antares akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan buat sementara waktu sebelum muncul semula. Di Kuala Lumpur, penghijaban diramalkan bermula dengan kehilangan Antares di belakang Bulan sekitar jam 05:00 pagi di langit barat daya dan ia akan kelihatan semula sekitar 06:00 pagi.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ€ข ๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ (๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
โ€ข ๐—๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐˜ ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป (๐—ข๐—ฐ๐—ฐ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป) ialah lenyapnya cahaya sesuatu objek cakerawala kerana dilindungi oleh objek cakerawala lain yang lebih besar berbanding objek yang dilindungi, contohnya semasa gerhana bulan atau penghijaban planet oleh Bulan.
โ€ข Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
Skip to content