
๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ/๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 11:14
.

๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 358,850 km.
.

๐ต ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 02:20
.

๐ญ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐ผ๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐๐ถ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ญ๐๐ต๐ฎ๐น
Marikh dan Zuhal akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Marikh dan Zuhal dari Bumi adalah sejauh 0.45 darjah di langit timur.
.
๐๐ผ๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐๐ถ ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฃ๐น๐ฒ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐
Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sejauh 0.4 darjah di langit barat.
.

๐ญ๐ฒ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 03:13.
.

๐ฎ๐ฌ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฝ๐ผ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,623 km.
.

๐ฎ๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฑ๐
Hujan Meteor Lyrids boleh dilihat mulai 15 hingga 29 April setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Lyrids dijangka berlaku pada lewat malam 22 April 2024 hingga awal pagi 23 April 2024 dengan purata 18 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana gangguan cahaya Bulan Hampir Purnama semasa kemuncak berlaku.
.

๐ฎ๐ฐ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ต/๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฟ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 07:48.
.

๐ฎ๐ณ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ถ๐ท๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐๐๐น๐ฎ๐ป
Bulan kelihatan melintas di hadapan Antares dari pandangan Bumi. Antares akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan buat sementara waktu sebelum muncul semula. Di Kuala Lumpur, penghijaban diramalkan bermula dengan kehilangan Antares di belakang Bulan sekitar jam 05:00 pagi di langit barat daya dan ia akan kelihatan semula sekitar 06:00 pagi.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
โข ๐๐ผ๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐๐ถ (๐๐ฐ๐ฏ๐ซ๐ถ๐ฏ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
โข ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐๐๐ฑ๐๐ ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
โข ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ถ๐ท๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป (๐ข๐ฐ๐ฐ๐๐น๐๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป) ialah lenyapnya cahaya sesuatu objek cakerawala kerana dilindungi oleh objek cakerawala lain yang lebih besar berbanding objek yang dilindungi, contohnya semasa gerhana bulan atau penghijaban planet oleh Bulan.
โข Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.