𝗝𝘂𝗻𝗶𝗼𝗿 𝗥𝗼𝗰𝗸𝗲𝘁 𝗧𝗲𝗰𝗵 𝗘𝘅𝗽𝗹𝗼𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 

Buat julung-julung kalinya, sebuah bengkel membina roket akan diadakan sempena Minggu Sains Negara 2022!
Bengkel ini akan mengumpulkan peserta yang akan mewakili sekolah rendah masing-masing sekitar 3 lokasi utama iaitu Shah Alam, Arau dan Pasir Gudang.
Apa yang menarik?
belajar sejarah dan teori asas roket
bina roket anda sendiri
saksikan pelancaran roket
sijil penyertaan buat semua peserta
Tak bahaya ke?
Jangan risau, keselamatan semua peserta adalah keutamaan kami
Peserta akan membina roket angin yang selamat
Demonstrasi pelancaran roket dengan bahan pendorong gula oleh fasilitator terlatih
Saya berminat, bagaimana nak daftar?
Mudah sahaja, isi borang di pautan ini Borang Pendaftaran atau whatsapp Dr Zue di https://wa.me/60122617275 untuk menyatakan minat sekolah anda selewat-lewatnya pada 22 Oktober 2022.
Sekiranya terpilih, pihak urusetia akan memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum pertandingan.
Oh ya, penyertaan adalah percuma 

Tetapi amat terhad ya! 
.
Anjuran bersama UiTM-MTC HEMREL dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
#mysa #mosti #uitm #hemrel #STIpemacuekonomi #minggusainsnegara #msn2022 #merakyatkansains #menginsankanteknologi