
Hari Kualiti KTA 2025 bertemakan “Kesihatan Mental Pemacu Produktiviti”, disambut penuh semangat di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting, Selangor pada 16 Oktober 2025.
.
Matlamat utama program:

Memupuk kefahaman terhadap Standard Pengurusan Kualiti (SPK)

Menekankan kepentingan keseimbangan kerja & kehidupan (work-life balance)

Mengukuhkan semangat kerja berpasukan
.
Antara pengisian menarik:

Ceramah kesihatan mental oleh Dr. Phrindha Murugays daripada Hospital Banting.

Ceramah teknologi angkasa & kerjaya oleh Sr Shahrizal Ide bin Moslin, MYSA kepada pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Selangor.
.
Program ini juga seiring dengan sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2025 Malaysia Chapter, Hari Sukan Negara dan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Kesihatan mental yang baik adalah asas kepada kesejahteraan diri, keluarga, organisasi dan negara. Mari sama-sama ambil peduli dan bertindak untuk kualiti hidup yang lebih baik.
.
Angkasa untuk semua | Space for all