25 Februari 2023 – Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) telah menganjurkan Hari Keluarga MYSAC 2023 yang bertemakan “
Kampung.com” di perkarangan MES, Kompleks Teknologi Angkasa (STC), Banting. Bagi meraikan tema hari keluarga MYSAC 2023, warga MYSA bersama-sama keluarga telah hadir dan berpakaian mengikut tema.
.
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Penasihat MYSAC. Turut hadir sama YBrs. Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA , YBrs. Puan Nik Mazlina Binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal & Operasi) MYSA, Pengarah-Pengarah Bahagian, serta warga MYSA bersama keluarga masing-masing.
.
Hari Keluarga yang penuh ceria ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti acara sukaneka dewasa dan kanak-kanak, “bouncy castle inflatable slides”, kehadiran badut yang menggembirakan anak-anak dengan belon percuma, lawatan ke kawasan STC dengan menaiki buggy, cabutan bertuah dan banyak lagi. Selain daripada itu, Pertandingan Mencorak Labu Sayong telah diuruskan oleh PUSPANITA MYSA bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Acara ini merupakan antara usaha untuk memperkenalkan generasi muda kepada salah satu peralatan yang tidak asing di kampung pada zaman dahulu.
.
Terima kasih kepada semua warga MYSA yang sudi memeriahkan Hari Keluarga MYSAC 2023.