Gerhana Bulan Separa ini bermula dengan fasa penumbra pada jam 02:01:19, diikuti dengan fasa separa apabila Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi pada jam 03:34:43, fasa gerhana separa maksimum pada jam 04:14:07 dan fasa separa berakhir pada jam 04:52:52 apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi.
.
Gerhana penumbra masih terus berlaku sehingga jam 06:26:35 apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi. Keseluruhan gerhana mengambil masa 4 jam 25 minit 16 saat dan gerhana separa dalam tempoh 1 jam 18 minit 9 saat. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Amerika Timur, Eropah, Afrika, Australia dan Asia termasuk Malaysia.
.
Di Malaysia, fenomena ini berlaku mulai jam 02:01:19 dan berakhir pada jam 06:26:35 waktu tempatan. Justeru, masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut sekiranya cuaca pada malam tersebut baik. Anda boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium, Sky Tonight dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.
.
Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan fenomena tersebut dengan menggunakan mata kasar. Penggunaan binokular dan teleskop adalah digalakkan sekiranya anda ingin memerhatikan fenomena tersebut secara terperinci.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
๐๐ถ๐ฎ๐บ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ialah diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka.
๐ฆ๐ต๐ฎ๐น๐น๐ผ๐ ๐น๐๐ป๐ฎ๐ฟ ๐ฒ๐ฐ๐น๐ถ๐ฝ๐๐ฒ berlaku apabila kurang daripada 10% daripada permukaan Bulan dilitupi oleh bayang Bumi semasa Gerhana Bulan.
๐ ๐ฎ๐ด๐ป๐ถ๐๐๐ฑ ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐บ๐ฏ๐ฟ๐ฎ (๐จ๐บ๐ฏ๐ฟ๐ฎ๐น ๐๐ฐ๐น๐ถ๐ฝ๐๐ฒ ๐ ๐ฎ๐ด๐ป๐ถ๐๐๐ฑ๐ฒ) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.